~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8

This is not my myvi... sekadar hiasan
~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8
Myviku cedera lagi... kali ni telinga sebelah kirinya terpulas... terkulai layu. Huwaaaaaaaaaaaaa....
Geramnya hati aku pada mat rempit yang melanggar side mirror sebelah kiri myvi hitamku itu hanya Allah saja yang tahu. Sepatutnya aku mendoakan kesejahteraan padanya tapi sakit di hatiku ini hanya mampu menuturkan kata-kata geram dan doa kesakitan buat orang itu.
Kena masa jalan tengah sesak di Jalan Tun Razak menuju Lebuhraya Mahameru. Sewaktu orang ramai bersesak-sesak untuk menyaksikan Perasmian Tahun Melawat Malaysia 2007 di Taman Tasik Titiwangsa. Kami sekeluarga pulak dalam perjalanan balik ke rumah setelah sengkak perut menjamu selera di Thahara Seafood.
Keesokan harinya Ahad. Kedai alat ganti dan servis banyak yang tutup. Telinga myvi yang terkulai itu tidak dapat dibaiki.
Makanya, pada hari ni aku tumpang berlingo merah sampai ke Kompleks Dayabumi dan seterusnya naik bas pekerja ke Wisma TIME ini.
Hari pertamaku berkerja pada tahun 2007 setelah bercuti selama seminggu bagi menguruskan kemasukan anak-anak kesekolah sekaligus untuk menenangkan fikiran dan memulih semangat selepas permohonanku utk mendapatkan VSS ditolak. Pada tika dan saat ini, terus terang aku katakan aku masih ralat dengan keputusan itu. 