Monday, April 02, 2007
....of si kwang2 nie minum air dari tumbler tupperware nya yg besar gedabak tu..
Bunyi macammana ek... cam kita tuang air dari botol/tong/bekas air yang besar dan mempunyai penutup yang kecil sahaja. Ada ruang udara akan terbentuk sekiranya botol/bekas itu dicondongkan utk menyeluarkan air...Boleh bayangkan tak ?
Bunyi macam gulk gulp gluk glup...hmmmmmmm.... mentensikan
Saya ingat nak suggest kat team KnKnK utk teka bunyi era laaa..... 
Posted at 10:42 am by cikliah
Permalink
Thursday, February 22, 2007
Cannot take it anymore!!!
I was burst into tear today. I cannot handle this situation.
It’s really pressured me.
Azri will be leaving soon. But I cannot manage to get a contractor to support MCS. Therefore I have to learn a little bit about MCS myself.
There are a lot of things that I have to know in this short time.
Sometimes, I felt Encik Zul is not being fair to me. My VSS application was rejected. Then he put some more burdens on me by assigning my group to handle MCS. We are just two people in this group, Thong and I but we have to maintain and support 4 systems. IT IS REALLY UNFAIR Encik Zul !!!
Posted at 05:25 pm by cikliah
Permalink
Saturday, February 17, 2007
Balik kampunggg.... hohohoho... balik kampung..... hati girangggg.....
Rekod baru... balik kampung sempena CNY.... 12 jam !!! 
Melalui jalan persisir pantai... kuala selangor-tanjung karang-sungai besar-teluk intan-sitiawan-pantai remis-terong-changkat jering-highway plus-kamunting-bagan serai-simpang 3 kuala kurau-tanjung piandang.
Kunonnyer nak lari dari kesesakan yang dilaporkan sedang berleluasa di lebuhraya-lebuhraya. Rupa-rupanya hujan lebat se dari pagi menyebabkan banjir di Tanjung Karang yang memaksa jalan ditutup satu lorong. Bilangan kenderaan yang bertambah memburukkan keadaan. Akibatnya merangkak-rangkak macam kura-kura dalam perlumbaan dengan arnab selama hampir 3 jam !
Inilah yang dikatakan sebagai Lari dari mulut harimau... masuk ke dalam mulut buaya.... 
Posted at 10:46 am by cikliah
Permalink
Monday, January 08, 2007
~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8

This is not my myvi... sekadar hiasan
~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8
Myviku cedera lagi... kali ni telinga sebelah kirinya terpulas... terkulai layu. Huwaaaaaaaaaaaaa....
Geramnya hati aku pada mat rempit yang melanggar side mirror sebelah kiri myvi hitamku itu hanya Allah saja yang tahu. Sepatutnya aku mendoakan kesejahteraan padanya tapi sakit di hatiku ini hanya mampu menuturkan kata-kata geram dan doa kesakitan buat orang itu.
Kena masa jalan tengah sesak di Jalan Tun Razak menuju Lebuhraya Mahameru. Sewaktu orang ramai bersesak-sesak untuk menyaksikan Perasmian Tahun Melawat Malaysia 2007 di Taman Tasik Titiwangsa. Kami sekeluarga pulak dalam perjalanan balik ke rumah setelah sengkak perut menjamu selera di Thahara Seafood.
Keesokan harinya Ahad. Kedai alat ganti dan servis banyak yang tutup. Telinga myvi yang terkulai itu tidak dapat dibaiki.
Makanya, pada hari ni aku tumpang berlingo merah sampai ke Kompleks Dayabumi dan seterusnya naik bas pekerja ke Wisma TIME ini.
Hari pertamaku berkerja pada tahun 2007 setelah bercuti selama seminggu bagi menguruskan kemasukan anak-anak kesekolah sekaligus untuk menenangkan fikiran dan memulih semangat selepas permohonanku utk mendapatkan VSS ditolak. Pada tika dan saat ini, terus terang aku katakan aku masih ralat dengan keputusan itu. 
Posted at 09:29 am by cikliah
Permalink
Friday, September 08, 2006
Kenangan Terindah
aku yang lemah tanpamu
aku yang rentan karena
cinta yang telah hilang darimu
yang mampu menyanjungku
selama mata terbuka
sampai jantung tak berdetak
selama itu pun
aku mampu untuk mengenangmu
darimu kutemukan hidupku
bagiku kau lah cinta sejati
bila yang tertulis untukku
adalah yang terbaik untukmu
kan kujadikan kau kenangan
yang terindah dalam hidupku
namun takkan mudah bagiku
meninggalkan jejak hidupku
yang telah terukir abadi
sebagai kenangan yang terindah
Posted at 06:32 am by cikliah
Permalink
Thursday, August 10, 2006
Selamat hari ulang tahun ke lima
Pada hari ini, 5 tahun yang lalu lahirlah seorang puteri secara ELCS (Elective Labour C-Section) di Ampang Puteri Specialist Hospital. Lahirnya awal 5 hari dari EDD kerana Dr Fauziah Hassan hanya mengendalikan ELCS pada hari jumaat sahaja.
Oleh kerana pada tahun ini jatuh pada hari sekolah, maka sebiji kek dari Irma/Ismail telah diserahkan kepada cikgu di Taska Petronas untuk meraikan hari ulangtahun kelahiran Aleeya Zafeera bersama-sama kawan-kawannya. Goodie bags untuk kawan-kawan. Terima kasih kepada Auntie Kak Linder kerana susah-susah ajer merekabentuk cover note untuk goodie bags tersebut. Jasamu tetap kukenang.
Posted at 11:33 am by cikliah
Permalink
Saturday, July 01, 2006
Takziah kepada Mawi dan keluarga.
Rupanya malam ini ada konsert AF4... Masih di PJ semasa terima SMS
seorang rakan menyatakan Salima nyanyi lagu English ala-ala Arab. SMS
terima dan hantar diteruskan menjurus kepada kisah Mawi yang
membayangkan hendak memutuskan pertunangan dengan Ina.
Tiba-tiba SMS berikutnya memberitahu Pak Atan telah kembali ke
rahmatullah pada pukul 9 malam tadi. Aznil telah mengumumkannya semasa
konsert AF4 berlangsung.
Pak Atan sudah sebulan lebih dirawat di IJN kerana serangan jantung dan
telah pun menjalani pembedahan coronary bypass dan beberapa pembedahan
lain.
Takziah kepada Mawi dan keluarga. Semoga tabah menghadapi ujian yang bertimpa-timpa ini.
Al-fatihah.
Posted at 10:28 pm by cikliah
Permalink
Monday, June 26, 2006
Pening kepala...
sejak dia di sini, aku rasa "my blood always go upstairs"....
Dia memang rajin malahan kadang-kala berlebih-lebihan rajinnya itu. Menurut pandangan rakan perkongsianku tip-top kerja-kerjanya itu.
But not for me. Adakah aku seorang majikan yang cerewet. Cerewetkah aku
apab ila anakku missed 2 kali kelas KIDAS semasa di bawah penjagaanya ?
Cerewetkah aku bilamana menegur tentang kerjanya tidak begitu sempurna
pada pandanganku ? Cerewetkah aku kerana tidak suka barang-barangku
serta perabot ditukar-tukar sesuka hati without my concern ?
Peralatanku jugak banyak yang rosak kerana kerja-kerjanya yang agak kasar.
Cangkul patah, knob bilik hancur; hammer patah, penyapu gandum jadi
misai dan yang paling menyakitkan bilamana dia memandai-mandai
melubangkan pasu water garden ku.....
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
Memang sakit hatiiiiiiiiii.....
Posted at 10:42 pm by cikliah
Permalink
Monday, May 08, 2006
Belum pun sebulan.... uhuksss...
Myviku
sudah cedera.... kerana melanggar sebatang tiang kayu 2x4 inci
penyokong pokok berdekatan makcik menjual durian, dekat simpang keluar
ke ladang elmina. Sungguh rasa terkilan dan sedih juga dalam hati.
Terkilan kerana aku alpa... terlalu mengharap pada sensor. Sepanjang
memandu Citroen Berlingo, aku tidak pernah menyodok apa-apa bila aku
reverse. Kerana aku lebih berhati-hati. Berlingo tiada reverse sensor.
Tapi dengan kenderaan pertamaku ini, aku ambil mudah; take for granted.
Aku alpa dan begitu mempercayai sensor itu. Owhhhh...... Dah melanggar
baru sibuk dia nak net net net net net......aduhhhhhh.....
sadisnya....sadisnyaaa.... akibatnya bahagian belakang dah dented
sedikit... walaupun sedikit, memang dia telah cedera..... dasar tin
milo lah kot ni.... huwaaaa.....
Anak-anak bertuahku bilamana mengetahui akan kecederaan itu, mengangkat
ibu jari bermakna "good" sindiran... huwaaaaa... lagi sekali nak
menangis... anak-anak... ibumu ditimpa musibah. Bagaimana mungkin kamu
boleh mengangkat ibu jari kepada ibumu ? Di manakah kalian belajar,
"mempadankan muka" orang pabila seseorang itu ditimpa musibah ?
Arggghhhhhh......
Posted at 10:57 pm by cikliah
Permalink
Thursday, March 16, 2006
Belasungkawa buat seorang ibumertua
Tatkala keyboard
ini ditekan-tekan menurut irama tersendiri.. kelajuan tersendiri...
ibumertuaku sudah 25 hari meninggalkan dunia yang fana ini.
Pemergiannya telah kami redhai kerana Allahyarhamah telah berjuang di
katil-katil hospital selama hampir 2 bulan setengah. Dari PPUM,
kemudian hanya sempat pulang kerumah dalam beberapa hari, beliau telah
dimasukkan ke SJMC. Sempat menyambut Hari Raya AidilAdha 1427 di katil
SJMC. Dan kemudiannya meneruskan perjuangannya di katil HUKM.
Allah SWT lebih menyayangi arwah dan akhirnya mak telah kemballi kerahmatullah pada 19 Februari 2006 pukul 2.05 pagi.
Semoga roh mak dicucuri rahmat dan ditempat di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Al-fatihah.
Posted at 10:34 pm by cikliah
Permalink