Monday, April 23, 2007
Dia cari pasal lagi dengan aku... boleh keluar rumah terbawak salah kunci. Then tak boleh nak masuk balik. Terpaksa potong mangga dengan bantuan jiran. Hati geram tak terkira dengan gelagat dia. Tak makan saman langsung. Hari-hari ikut kepala dia ajer. Nasihat satu apa pun tak boleh pakai. Apatah lagik nak ikut arahan !
Risau aku, hari-hari makan tebuan goreng, cepat beruban aku nanti. 
"Ya Allah, tenangkanlah hatiku ini dalam menghadapi ujianMU. Amin"
tag <maid>
Posted at 08:50 am by cikliah
Permalink
Friday, April 20, 2007
Pagi tadi otw to office baru perasan ada SMS(kes hphone tertinggal dalam kereta semalaman) from unfamiliar number "No bas anda utk perjalanan ke kem esk pg adalah WMH9829 No.talifon pemandu-012 #### bergerak 7.30 pagi di Pasar Rakyat. Jangan balas mesej ini." Memula macam pelik. SMS apakah ini? Owhhhh... baru tingat, hari ini sepatutnya aku ikut serta dalam team building TIME 2b Great at Ulu Yam Resort.
Tapi tu lah... aku bukan tak mintak confirmation dari HR. Aku sepatutnya menggantikan tempat Haire sebab dia nak balik kg that weekend. Wife dia masih dalam confinement. Everything dah setel. Email azie utk bagi details pun dah balas. Alih2 dapat email from HR regarding that team building program, tapi in participation list tak der pulak nama aku. So I replied the email to Noraidah tanya if I'm really in the list or not ? Dia kata tak dak... So, aku pon lenggang kangkung tak buat apa2 persediaan laaaa...... Guano gok nok gi ?
But then, this is the last one yang 2D1N. After this will be 3D2N... Masak akuuuuu.. udah ler kena tidor dalam utan semalam... pehhhhhh... tak dapek nak den bayangkan..... sangat menakutkan.... huhuhuhuhu.....
Posted at 08:34 am by cikliah
Permalink
Monday, April 02, 2007
....of si kwang2 nie minum air dari tumbler tupperware nya yg besar gedabak tu..
Bunyi macammana ek... cam kita tuang air dari botol/tong/bekas air yang besar dan mempunyai penutup yang kecil sahaja. Ada ruang udara akan terbentuk sekiranya botol/bekas itu dicondongkan utk menyeluarkan air...Boleh bayangkan tak ?
Bunyi macam gulk gulp gluk glup...hmmmmmmm.... mentensikan
Saya ingat nak suggest kat team KnKnK utk teka bunyi era laaa..... 
Posted at 10:42 am by cikliah
Permalink
Thursday, February 22, 2007
Cannot take it anymore!!!
I was burst into tear today. I cannot handle this situation.
It’s really pressured me.
Azri will be leaving soon. But I cannot manage to get a contractor to support MCS. Therefore I have to learn a little bit about MCS myself.
There are a lot of things that I have to know in this short time.
Sometimes, I felt Encik Zul is not being fair to me. My VSS application was rejected. Then he put some more burdens on me by assigning my group to handle MCS. We are just two people in this group, Thong and I but we have to maintain and support 4 systems. IT IS REALLY UNFAIR Encik Zul !!!
Posted at 05:25 pm by cikliah
Permalink
Saturday, February 17, 2007
Balik kampunggg.... hohohoho... balik kampung..... hati girangggg.....
Rekod baru... balik kampung sempena CNY.... 12 jam !!! 
Melalui jalan persisir pantai... kuala selangor-tanjung karang-sungai besar-teluk intan-sitiawan-pantai remis-terong-changkat jering-highway plus-kamunting-bagan serai-simpang 3 kuala kurau-tanjung piandang.
Kunonnyer nak lari dari kesesakan yang dilaporkan sedang berleluasa di lebuhraya-lebuhraya. Rupa-rupanya hujan lebat se dari pagi menyebabkan banjir di Tanjung Karang yang memaksa jalan ditutup satu lorong. Bilangan kenderaan yang bertambah memburukkan keadaan. Akibatnya merangkak-rangkak macam kura-kura dalam perlumbaan dengan arnab selama hampir 3 jam !
Inilah yang dikatakan sebagai Lari dari mulut harimau... masuk ke dalam mulut buaya.... 
Posted at 10:46 am by cikliah
Permalink
Monday, January 08, 2007
~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8

This is not my myvi... sekadar hiasan
~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8
Myviku cedera lagi... kali ni telinga sebelah kirinya terpulas... terkulai layu. Huwaaaaaaaaaaaaa....
Geramnya hati aku pada mat rempit yang melanggar side mirror sebelah kiri myvi hitamku itu hanya Allah saja yang tahu. Sepatutnya aku mendoakan kesejahteraan padanya tapi sakit di hatiku ini hanya mampu menuturkan kata-kata geram dan doa kesakitan buat orang itu.
Kena masa jalan tengah sesak di Jalan Tun Razak menuju Lebuhraya Mahameru. Sewaktu orang ramai bersesak-sesak untuk menyaksikan Perasmian Tahun Melawat Malaysia 2007 di Taman Tasik Titiwangsa. Kami sekeluarga pulak dalam perjalanan balik ke rumah setelah sengkak perut menjamu selera di Thahara Seafood.
Keesokan harinya Ahad. Kedai alat ganti dan servis banyak yang tutup. Telinga myvi yang terkulai itu tidak dapat dibaiki.
Makanya, pada hari ni aku tumpang berlingo merah sampai ke Kompleks Dayabumi dan seterusnya naik bas pekerja ke Wisma TIME ini.
Hari pertamaku berkerja pada tahun 2007 setelah bercuti selama seminggu bagi menguruskan kemasukan anak-anak kesekolah sekaligus untuk menenangkan fikiran dan memulih semangat selepas permohonanku utk mendapatkan VSS ditolak. Pada tika dan saat ini, terus terang aku katakan aku masih ralat dengan keputusan itu. 
Posted at 09:29 am by cikliah
Permalink
Friday, September 08, 2006
Kenangan Terindah
aku yang lemah tanpamu
aku yang rentan karena
cinta yang telah hilang darimu
yang mampu menyanjungku
selama mata terbuka
sampai jantung tak berdetak
selama itu pun
aku mampu untuk mengenangmu
darimu kutemukan hidupku
bagiku kau lah cinta sejati
bila yang tertulis untukku
adalah yang terbaik untukmu
kan kujadikan kau kenangan
yang terindah dalam hidupku
namun takkan mudah bagiku
meninggalkan jejak hidupku
yang telah terukir abadi
sebagai kenangan yang terindah
Posted at 06:32 am by cikliah
Permalink
Thursday, August 10, 2006
Selamat hari ulang tahun ke lima
Pada hari ini, 5 tahun yang lalu lahirlah seorang puteri secara ELCS (Elective Labour C-Section) di Ampang Puteri Specialist Hospital. Lahirnya awal 5 hari dari EDD kerana Dr Fauziah Hassan hanya mengendalikan ELCS pada hari jumaat sahaja.
Oleh kerana pada tahun ini jatuh pada hari sekolah, maka sebiji kek dari Irma/Ismail telah diserahkan kepada cikgu di Taska Petronas untuk meraikan hari ulangtahun kelahiran Aleeya Zafeera bersama-sama kawan-kawannya. Goodie bags untuk kawan-kawan. Terima kasih kepada Auntie Kak Linder kerana susah-susah ajer merekabentuk cover note untuk goodie bags tersebut. Jasamu tetap kukenang.
Posted at 11:33 am by cikliah
Permalink
Saturday, July 01, 2006
Takziah kepada Mawi dan keluarga.
Rupanya malam ini ada konsert AF4... Masih di PJ semasa terima SMS
seorang rakan menyatakan Salima nyanyi lagu English ala-ala Arab. SMS
terima dan hantar diteruskan menjurus kepada kisah Mawi yang
membayangkan hendak memutuskan pertunangan dengan Ina.
Tiba-tiba SMS berikutnya memberitahu Pak Atan telah kembali ke
rahmatullah pada pukul 9 malam tadi. Aznil telah mengumumkannya semasa
konsert AF4 berlangsung.
Pak Atan sudah sebulan lebih dirawat di IJN kerana serangan jantung dan
telah pun menjalani pembedahan coronary bypass dan beberapa pembedahan
lain.
Takziah kepada Mawi dan keluarga. Semoga tabah menghadapi ujian yang bertimpa-timpa ini.
Al-fatihah.
Posted at 10:28 pm by cikliah
Permalink
Monday, June 26, 2006
Pening kepala...
sejak dia di sini, aku rasa "my blood always go upstairs"....
Dia memang rajin malahan kadang-kala berlebih-lebihan rajinnya itu. Menurut pandangan rakan perkongsianku tip-top kerja-kerjanya itu.
But not for me. Adakah aku seorang majikan yang cerewet. Cerewetkah aku
apab ila anakku missed 2 kali kelas KIDAS semasa di bawah penjagaanya ?
Cerewetkah aku bilamana menegur tentang kerjanya tidak begitu sempurna
pada pandanganku ? Cerewetkah aku kerana tidak suka barang-barangku
serta perabot ditukar-tukar sesuka hati without my concern ?
Peralatanku jugak banyak yang rosak kerana kerja-kerjanya yang agak kasar.
Cangkul patah, knob bilik hancur; hammer patah, penyapu gandum jadi
misai dan yang paling menyakitkan bilamana dia memandai-mandai
melubangkan pasu water garden ku.....
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
Memang sakit hatiiiiiiiiii.....
Posted at 10:42 pm by cikliah
Permalink