<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed
Monday, January 08, 2007
Myviku cedera lagi.....

~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8

 

This is not my myvi... sekadar hiasan

~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8

Myviku cedera lagi... kali ni telinga sebelah kirinya terpulas... terkulai layu. Huwaaaaaaaaaaaaa....

Geramnya hati aku pada mat rempit yang melanggar side mirror sebelah kiri myvi hitamku itu hanya Allah saja yang tahu. Sepatutnya aku mendoakan kesejahteraan padanya tapi sakit di hatiku ini hanya mampu menuturkan kata-kata geram dan doa kesakitan buat orang itu.

Kena masa jalan tengah sesak di Jalan Tun Razak menuju Lebuhraya Mahameru. Sewaktu orang ramai bersesak-sesak untuk menyaksikan Perasmian Tahun Melawat Malaysia 2007 di Taman Tasik Titiwangsa. Kami sekeluarga pulak dalam perjalanan balik ke rumah setelah sengkak perut menjamu selera di Thahara Seafood.

Keesokan harinya Ahad. Kedai alat ganti dan servis banyak yang tutup. Telinga myvi yang terkulai itu tidak dapat dibaiki.

Makanya, pada hari ni aku tumpang berlingo merah sampai ke Kompleks Dayabumi dan seterusnya naik bas pekerja ke Wisma TIME ini.

Hari pertamaku berkerja pada tahun 2007 setelah bercuti selama seminggu bagi menguruskan kemasukan anak-anak kesekolah sekaligus untuk menenangkan fikiran dan memulih semangat selepas permohonanku utk mendapatkan VSS ditolak. Pada tika dan saat ini, terus terang aku katakan aku masih ralat dengan keputusan itu. cry


Posted at 09:29 am by cikliah
Comments (2)  

Friday, September 08, 2006
Kenangan Terindah

Kenangan Terindah
 
aku yang lemah tanpamu
aku yang rentan karena

cinta yang telah hilang darimu
yang mampu menyanjungku

selama mata terbuka
sampai jantung tak berdetak
selama itu pun
aku mampu untuk mengenangmu
darimu kutemukan hidupku
bagiku kau lah cinta sejati

bila yang tertulis untukku
adalah yang terbaik untukmu
kan kujadikan kau kenangan
yang terindah dalam hidupku

namun takkan mudah bagiku
meninggalkan jejak hidupku
yang telah terukir abadi
sebagai kenangan yang terindah



Posted at 06:32 am by cikliah
Make a comment  

Thursday, August 10, 2006
Selamat hari ulang tahun ke lima

Pada hari ini, 5 tahun yang lalu lahirlah seorang puteri secara ELCS (Elective Labour C-Section) di Ampang Puteri Specialist Hospital. Lahirnya awal 5 hari dari EDD kerana Dr Fauziah Hassan hanya mengendalikan ELCS pada hari jumaat sahaja.

Oleh kerana pada tahun ini jatuh pada hari sekolah, maka sebiji kek dari Irma/Ismail telah diserahkan kepada cikgu di Taska Petronas untuk meraikan hari ulangtahun kelahiran Aleeya Zafeera bersama-sama kawan-kawannya. Goodie bags untuk kawan-kawan. Terima kasih kepada Auntie Kak Linder kerana susah-susah ajer merekabentuk cover note untuk goodie bags tersebut. Jasamu tetap kukenang.Big Smile


Posted at 11:33 am by cikliah
Make a comment  

Saturday, July 01, 2006
Takziah kepada Mawi dan keluarga.


Rupanya malam ini ada konsert AF4... Masih di PJ semasa terima SMS seorang rakan menyatakan Salima nyanyi lagu English ala-ala Arab. SMS terima dan hantar diteruskan menjurus kepada kisah Mawi yang membayangkan hendak memutuskan pertunangan dengan Ina.
Tiba-tiba SMS berikutnya memberitahu Pak Atan telah kembali ke rahmatullah pada pukul 9 malam tadi. Aznil telah mengumumkannya semasa konsert AF4 berlangsung.
Pak Atan sudah sebulan lebih dirawat di IJN kerana serangan jantung dan telah pun menjalani pembedahan coronary bypass dan beberapa pembedahan lain.

Takziah kepada Mawi dan keluarga. Semoga tabah menghadapi ujian yang bertimpa-timpa ini.

Al-fatihah.

Posted at 10:28 pm by cikliah
Make a comment  

Monday, June 26, 2006
Aduhaiiiii....


Pening kepala...
sejak dia di sini, aku rasa "my blood always go upstairs"....

Dia memang rajin malahan kadang-kala berlebih-lebihan rajinnya itu. Menurut pandangan
rakan perkongsianku
tip-top kerja-kerjanya itu.

But not for me. Adakah aku seorang majikan yang cerewet. Cerewetkah aku apab ila anakku missed 2 kali kelas KIDAS semasa di bawah penjagaanya ?
Cerewetkah aku bilamana menegur tentang kerjanya tidak begitu sempurna pada pandanganku ? Cerewetkah aku kerana tidak suka barang-barangku serta perabot ditukar-tukar sesuka hati without my concern ?

Peralatanku jugak banyak yang rosak kerana kerja-kerjanya yang agak kasar.
Cangkul patah, knob bilik hancur; hammer patah, penyapu gandum jadi misai dan yang paling menyakitkan bilamana dia memandai-mandai melubangkan pasu water garden ku..... huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Memang sakit hatiiiiiiiiii.....


Posted at 10:42 pm by cikliah
Make a comment  

Monday, May 08, 2006
Belum pun sebulan.... uhuksss...

Myviku sudah cedera.... kerana melanggar sebatang tiang kayu 2x4 inci penyokong pokok berdekatan makcik menjual durian, dekat simpang keluar ke ladang elmina. Sungguh rasa terkilan dan sedih juga dalam hati. Terkilan kerana aku alpa... terlalu mengharap pada sensor. Sepanjang memandu Citroen Berlingo, aku tidak pernah menyodok apa-apa bila aku reverse. Kerana aku lebih berhati-hati. Berlingo tiada reverse sensor. Tapi dengan kenderaan pertamaku ini, aku ambil mudah; take for granted. Aku alpa dan begitu mempercayai sensor itu. Owhhhh...... Dah melanggar baru sibuk dia nak net net net net net......aduhhhhhh..... sadisnya....sadisnyaaa.... akibatnya bahagian belakang dah dented sedikit... walaupun sedikit, memang dia telah cedera..... dasar tin milo lah kot ni.... huwaaaa.....cry

Anak-anak bertuahku bilamana mengetahui akan kecederaan itu, mengangkat ibu jari bermakna "good" sindiran... huwaaaaa... lagi sekali nak menangis... anak-anak... ibumu ditimpa musibah. Bagaimana mungkin kamu boleh mengangkat ibu jari kepada ibumu ? Di manakah kalian belajar, "mempadankan muka" orang pabila seseorang itu ditimpa musibah ? Arggghhhhhh......Surprise

Posted at 10:57 pm by cikliah
Make a comment  

Thursday, March 16, 2006
Belasungkawa buat seorang ibumertua

Tatkala keyboard ini ditekan-tekan menurut irama tersendiri.. kelajuan tersendiri... ibumertuaku sudah 25 hari meninggalkan dunia yang fana ini. Pemergiannya telah kami redhai kerana Allahyarhamah telah berjuang di katil-katil hospital selama hampir 2 bulan setengah. Dari PPUM, kemudian hanya sempat pulang kerumah dalam beberapa hari, beliau telah dimasukkan ke SJMC. Sempat menyambut Hari Raya AidilAdha 1427 di katil SJMC. Dan kemudiannya meneruskan perjuangannya di katil HUKM.
Allah SWT lebih menyayangi arwah dan akhirnya mak telah kemballi kerahmatullah pada 19 Februari 2006 pukul 2.05 pagi.

Semoga roh mak dicucuri rahmat dan ditempat di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Al-fatihah.



Posted at 10:34 pm by cikliah
Make a comment  

Thursday, February 16, 2006
Menanti Seniwati

 

Seniwati....

Itulah nama bakal pembantu rumah kami yang pertama. Actuallynya yang ke-3.

Pertama, Bibik Salbiah. Umur yang diisytiharkan dalam borang adalah 40 tahun, tapi setelah diselidiki, rupanya dia sudah berusia lima puluhan. Bibik sendiri mengaku, kalau diletakkan usia sebenar, dia tidak mungkin dibolehkan bekerja sebagai PRA. Since masa tu tinggal bersama-sama dengan parents in laws, maka tidaklah terasa sangat menjadi majikan mutlak kepada PRA (Pembantu Rumah Am) ini. Dihantar pulang kembali ke tanahairnya kena perpindahan kami ke Pandan Indah dan keadaan kesihatannya yang tidak begitu baik.

Kedua, betul-betul bibik tak jadi namanya. Tidak sempat bersua muka pun. Jamiah namanya. Umur yang dinyatakan 40 tahun. Hanya sempat didaftarkan di Pejabat Imigresen sahaja. Ketika menghitung hari menunggu kedatangannya, kami dikhabarkan Jamiah tidak dapat dibawa masuk ke Malaysia kerana terlantar di rumah sakit. Menghidap denggi berdarah rupanya. Ketika ditawarkan untuk diberikan pengganti sementara, kami membuat keputusan utk tidak menerimanya atas alasan tidak benefial utk melatih kemudian melepaskannya. Walhal agennya juga berharap kami membuat keputusan tersebut kerana kalau kami bersetuju rugilah dia kerana terpaksa membuat kerja lebih dan terpaksa membayar levi pembantu sementara tersebut. Ketika kami akur untuk terus menanti Jamiah sembuh dari sakitnya, akhirnya Jamiah mengalah. Tidak mahu lagi datang ke Malaysia kerana kesihatannya yang merosot. Akhirnya permit Jamiah terpaksa dibatalkan sebelum sempat menabur bakti di bumi Malaysia ini.

Ketiga, Seniwati. Khabarnya masih muda orangnya. Baru menginjak ke dua puluhan. Harap-harap kami tidak ditipu kali ini. Doaku dia seorang yang boleh diharapkan dan bertanggungjawab. Semoga Allah memberiku rezeki untuk memperoleh seorang pembantu yang baik dan boleh dipercayai dan setia kepada kami sekeluarga. Dan aku juga berdoa kami mampu menjadi majikannya yang baik seadanya. Amin....

~~~****~~~~~~*****~~~~~~~~

Maktua masih sakit di HUKM. Sungguhpun setiap hari bekerja aku jua turut menziarah selepas masa pejabat, namun peluang untuk bertemunya seringkali tipis gara-gara Aleeya tidak membenarkan aku masuk ke wad. Since maktua ditempatkan either di HDU atau ICU, budak sekecil Aleeya tidak dibenarkan masuk, maka dia turut menegahku daripada masuk ke wad tersebut. Kasihan mak mertuaku. Sudah dua bulan lebih dia dimasukkan ke hospital.

YaAllah... sembuhkanlah sakit ibu mertuaku. Kurniakanlah kesihatan yang baik kepadanya agar dia dapat beribadah kepadaMU Ya Allah. Perkenankan permintaanku ini. KepadaMU kami memohon, kepadaMU kami berserah dan kepadaMU jualah kami dikembalikan. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

 

~~~~@@@~~~~~~~~

Kepada emakku yang sangat-sangat aku sayangi dah kukasihi, terima kasih yang tidak terhingga anakanda ucapkan kerana telah membantu anakanda sekeluarga di saat-saat kami memerlukan pertolongan dan perhatian bonda. Kepada ayahanda di kampung, berjuta kemaafan dipohonkan sepanjang "pengimportan" bonda ke sini, seandainya perkara tersebut telah menyusahkan ayahanda kerana keseorangan di kampung sana. Berjuta-juta terima kasih yang tidak terhingga anakanda ucapkan. Kasih sayang yang ayahanda bonda taburkan akan anakanda kenang sampai bila-bila dan tidak akan pudar dari ingatan InsyaAllah...

Semoga ayahandabonda diberi kesihatan yang baik dan mendapat rahmat serta keredhaan Allah SWT sentiasa. Dan sentiasa beroleh gembira dan bahagia dunia dan akhirat Amin.

Ya Allah... Ampunkan dosa kedua ibubapaku, kasihani dan peliharalah mereka sebagaimana mereka mengasihi dan memelihara ku semasa aku masih kecil.

 

 

 


Posted at 11:03 am by cikliah
Make a comment  

Wednesday, February 08, 2006
Testing

 

                                                    

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.... 

Buat pertama kali blog ditulis dari server ini setelah server blogspot tidak dapat dicapai dari office. Kenapalah agaknya web marshal tidak berminat untuk membenarkan capaian ke server ini?

Harapnya saya lebih rajin berada di rumah baru ini.

Wassalam.

Tata titi tutu.... jumpa lagi..Wink

 

 


Posted at 10:37 am by cikliah
Make a comment  

Previous Page