<< March 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed
Friday, August 17, 2007
Balada orang tak sampai hajat

Hajat hati nak balik kampung sempena cuti sekolah seminggu ni. Kebetulan pulak sepupu kawin. Ini lah masanya untuk berkumpul seluruh kaum kerabat. Raya pun kalah sebab hari raya orang selalu ada komitment lain ie beraya dengan keluarga ipar duai.

Hari ni rasa tak seronok langsung. In fact dari semalam down sesangat especially bila Yong bagitau dia confirm tak dapat balik kampung minggu nie. Sibuk sangat katanya. Hari-hari balik lambat. Weekends pun kena kerja jugak. Dahsyat betul kakak aku yang sorang nie. Perdana Menteri pun kalah.
Hari tu mintak tolong Yong temankan balik kampung sebab nak drive sendiri and balik tiga beranak aje. Sepanjang minggu itulah yang tertanam dalam minda. So bila tak jadi tu memang rasa down giler.

Semalam cari gak kut2 ada tiket keretapi sesat. Tapi malangnya tak ada pulak. Ingat nak gak try yang ada tempat tidur tuh. Yelah... esokkan cuti sekolah start. Mana la nak ada tiket dah. Sampai pukul 4 petang tadi mengharap ada orang cancel nak naik ketapi tapi hampa belaka.

Tadi called mak bagitau confirm tak dapat balik. Malas nak bawak bibik jadik teman. Minah ni pon ada cerita pulak... nanti ler next entry aku tu lis pasal dia dalam kemelut ini. Adehhhhh....


Posted at 08:58 pm by cikliah
Make a comment  

Wednesday, August 15, 2007
Life Goes On

 

Semalam Linda email satu surat yang dia telah serahkan kepada Encik Zul and Iwan Asmady and her new boss Azizi pagi tu. No wonder boss dia macam kucing nak beranak. Pagi meeting, tengahari panggil lagi. After lunch lagi.  

Linda nak resign rupanya. Aku bakal kehilangan seorang lagi teman baik di office ini  cry. Seorang demi seorang angkat kaki. Aku masih teguh di sini. Bilakah akan tiba saatnya aku akan pergi seperti mereka ?

 Sayonara my friend. May your dreams come true.

 

 


Posted at 09:58 am by cikliah
Make a comment  

Friday, June 22, 2007
Pening

Friday, 22 June 2007

  

Baskaran called me again. After usual greeting he asked me what is my decision. What decision? He told me that he left me to think about his previous offer. Cisss… orang tua ni. Musti lost his mind lah tu.. I already gave the answer. I AM NOT JOINING HIM !

That is mandatory for the time being. I am very sure about that.Smile

 

Then he tried to persuade me again. Memang first class punya pujuk la. But I already tired about all of this. He increased his offer. Same as Razali he said. But what for? Hati aku dah hancur luluh dengan sikap dia yang kuat berkira tu. Before this mati-mati tak mengaku bagi sekian-sekian banyak kat Zali. Nak kelentong aku apa… Angry

 

I still remember how he pleaded me not to turn him down during waiting for my VSS application result before; that I should join him once my VSS application approved. Seem he need me very much at that time. Masa tu jek la kot. Lepas tu eksen balik.

That is what made me so strong to turn down his offer again this time.

Mahapkan daku... Wink


Posted at 05:15 pm by cikliah
Make a comment  

Thursday, May 17, 2007
Teringin

 

One day, aku berharap sangat dapat pergi bercuti ke Pulau Redang dengan mak, bapak, hubby and anak-anak. If possible to bring all the family members to be there.  Maklong Yong, Pakcik and family, Paksu, Atok nenek...etc etc.

Hmmmmm...How I wish to go there for snorkeling, fish watching... etc...etc...

Tapi camner nak pi nie? Wang terkumpul tak tau pegi mana. Mana duit EES ku? Nak rembat hphone pon tak der allocation dah. Masih bergaya sakan dengan Nokia 33 lima belas det aku tuh. Adehhhh... gi meeting kalu, malu nak letak hphone atas meja...Wink

Kali pertama dan terakhir pegi snorkeling adalah di Pulau Perhentian Kecil. Tatkala menatap isi perut lautan... ketakutan menerjah di sudut hati. Macam nak kena telan aja. Tapi lama-lama, wahhhh.... terpesona, terasa kecil lagi kerdil saja diri ini. Indahnya ciptaan Ilahi.

 


Posted at 07:31 am by cikliah
Make a comment  

Thursday, April 26, 2007
Satu hari di hari cuti

Hari ni cuti sempena pertabalan Sultan Mirzan as new Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong and Sultanah Nur Zahirah as the queen.

Pagi tadi terpikir nak antor serbis keyta laa... nak potong rambut laaa...

After called the service centre confirm if they are open, then pegi hantar service. Sementara menunggu tu, kita orang mengulor ke OU.

Memula lunch dekat Secret Recipe. Kengkunon mengatok ayah sempena birthday dia semalam. Adik pilih nak makan kek. Kakak amik kids meal - burger. Ayah makan blackpepper grilled chicken. Introduce ayah soh minum Green Apple Kasturi.

After that, gi tengok Pets World. Best jugak. Turtle ada macam2 turtle. First time tengok long neck turtle. Kat rumah ada bela green turtle. Mula-mula beli sepasang, then mati seekor, ganti lagi 5 jadi 6, Daripada enam hanya seekor yang survive. Tak sure jantan or betina sebab lupa cara tengok jantinanya.

Then headed to JUSCO. Ada member card sale. Wa bukan member. Tapi masuk gak ler. Kengkunonnyer nak survey blender. Nak ganti yang dah pecah kat rumah tuh. Yand pecah tu merupakan hadiah kawin daripada kawan-kawan ITD dulu. Tapi belek-belek tak der yang berkenan. So simpan jek la dulu keinginan tuh.

Dah puas gedebak gedebuk kat OU, then balik. Bebudak masuk berlingo ajer, melayan mata. Dah penat ukur OU.

Diskus dengan ayah after ambik MyVi dari service centre, satu kereta akan ditinggalkan di depan rumah Ezalman kat Desa Moccis. We were heading to Ijok after that. Saja gatai memanaskan Ijok yang sedia tegang itu.... hehehehhehe


Posted at 08:07 am by cikliah
Make a comment  

Monday, April 23, 2007
She did it again!

Dia cari pasal lagi dengan aku... boleh keluar rumah terbawak salah kunci. Then tak boleh nak masuk balik. Terpaksa potong mangga dengan bantuan jiran. Hati geram tak terkira dengan gelagat dia. Tak makan saman langsung. Hari-hari ikut kepala dia ajer. Nasihat satu apa pun tak boleh pakai. Apatah lagik nak ikut arahan !

Risau  aku, hari-hari makan tebuan goreng, cepat beruban aku nanti. Angry

"Ya Allah, tenangkanlah hatiku ini dalam menghadapi ujianMU. Amin"

 

 

 

 

tag <maid>


Posted at 08:50 am by cikliah
Make a comment  

Friday, April 20, 2007
TIME 2B Great

Pagi tadi otw to office baru perasan ada SMS(kes hphone tertinggal dalam kereta semalaman) from unfamiliar number "No bas anda utk perjalanan ke kem esk pg adalah WMH9829 No.talifon pemandu-012 #### bergerak 7.30 pagi di Pasar Rakyat. Jangan balas mesej ini." Memula macam pelik. SMS apakah ini? Owhhhh... baru tingat, hari ini sepatutnya aku ikut serta dalam team building TIME 2b Great at Ulu Yam Resort.

Tapi tu lah... aku bukan tak mintak confirmation dari HR. Aku sepatutnya menggantikan tempat Haire sebab dia nak balik kg that weekend. Wife dia masih dalam confinement. Everything dah setel. Email azie utk bagi details pun dah balas. Alih2 dapat email from HR regarding that team building program, tapi in participation list tak der pulak nama aku. So I replied the email to Noraidah tanya if I'm really in the list or not ? Dia kata tak dak... So, aku pon lenggang kangkung tak buat apa2 persediaan laaaa...... Guano gok nok gi ?

But then, this is the last one yang 2D1N. After this will be 3D2N... Masak akuuuuu.. udah ler kena tidor dalam utan semalam... pehhhhhh... tak dapek nak den bayangkan..... sangat menakutkan.... huhuhuhuhu.....


Posted at 08:34 am by cikliah
Make a comment  

Monday, April 02, 2007
I hate the sound.....

....of si kwang2 nie minum air dari tumbler tupperware nya yg besar gedabak tu..Surprise 

Bunyi macammana ek... cam kita tuang air dari botol/tong/bekas air yang besar dan mempunyai penutup yang kecil sahaja. Ada ruang udara akan terbentuk sekiranya botol/bekas itu dicondongkan utk menyeluarkan air...Boleh bayangkan tak ?

Bunyi macam gulk gulp gluk glup...hmmmmmmm.... mentensikan

Saya ingat nak suggest kat team KnKnK utk teka bunyi era laaa..... Smile

 


Posted at 10:42 am by cikliah
Make a comment  

Thursday, February 22, 2007
Demotivated

Cannot take it anymore!!!

I was burst into tear today. I cannot handle this situation.

It’s really pressured me.

 

Azri will be leaving soon. But I cannot manage to get a contractor to support MCS. Therefore I have to learn a little bit about MCS myself.

There are a lot of things that I have to know in this short time.

 

Sometimes, I felt Encik Zul is not being fair to me. My VSS application was rejected. Then he put some more burdens on me by assigning my group to handle MCS. We are just two people in this group, Thong and I but we have to maintain and support 4 systems.  IT IS REALLY UNFAIR Encik Zul !!!


Posted at 05:25 pm by cikliah
Make a comment  

Saturday, February 17, 2007
Balik kampunggg.... hohohoho... balik kampung..... hati girangggg.....

Rekod baru... balik kampung sempena CNY.... 12 jam !!! Surprise

Melalui jalan persisir pantai... kuala selangor-tanjung karang-sungai besar-teluk intan-sitiawan-pantai remis-terong-changkat jering-highway plus-kamunting-bagan serai-simpang 3 kuala kurau-tanjung piandang.

Kunonnyer nak lari dari kesesakan yang dilaporkan sedang berleluasa di lebuhraya-lebuhraya. Rupa-rupanya hujan lebat se dari pagi menyebabkan banjir di Tanjung Karang yang memaksa jalan ditutup satu lorong. Bilangan kenderaan yang bertambah memburukkan keadaan. Akibatnya merangkak-rangkak macam kura-kura dalam perlumbaan dengan arnab selama hampir 3 jam !

Inilah yang dikatakan sebagai Lari dari mulut harimau... masuk ke dalam mulut buaya.... Hurmph

 


Posted at 10:46 am by cikliah
Make a comment  

Next Page