|
|
 |
 |
Thursday, May 17, 2007

One day, aku berharap sangat dapat pergi bercuti ke Pulau Redang dengan mak, bapak, hubby and anak-anak. If possible to bring all the family members to be there. Maklong Yong, Pakcik and family, Paksu, Atok nenek...etc etc.
Hmmmmm...How I wish to go there for snorkeling, fish watching... etc...etc...
Tapi camner nak pi nie? Wang terkumpul tak tau pegi mana. Mana duit EES ku? Nak rembat hphone pon tak der allocation dah. Masih bergaya sakan dengan Nokia 33 lima belas det aku tuh. Adehhhh... gi meeting kalu, malu nak letak hphone atas meja...
Kali pertama dan terakhir pegi snorkeling adalah di Pulau Perhentian Kecil. Tatkala menatap isi perut lautan... ketakutan menerjah di sudut hati. Macam nak kena telan aja. Tapi lama-lama, wahhhh.... terpesona, terasa kecil lagi kerdil saja diri ini. Indahnya ciptaan Ilahi.
Posted at 07:31 am by cikliah
Permalink
Thursday, April 26, 2007
Hari ni cuti sempena pertabalan Sultan Mirzan as new Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong and Sultanah Nur Zahirah as the queen.
Pagi tadi terpikir nak antor serbis keyta laa... nak potong rambut laaa...
After called the service centre confirm if they are open, then pegi hantar service. Sementara menunggu tu, kita orang mengulor ke OU.
Memula lunch dekat Secret Recipe. Kengkunon mengatok ayah sempena birthday dia semalam. Adik pilih nak makan kek. Kakak amik kids meal - burger. Ayah makan blackpepper grilled chicken. Introduce ayah soh minum Green Apple Kasturi.
After that, gi tengok Pets World. Best jugak. Turtle ada macam2 turtle. First time tengok long neck turtle. Kat rumah ada bela green turtle. Mula-mula beli sepasang, then mati seekor, ganti lagi 5 jadi 6, Daripada enam hanya seekor yang survive. Tak sure jantan or betina sebab lupa cara tengok jantinanya.
Then headed to JUSCO. Ada member card sale. Wa bukan member. Tapi masuk gak ler. Kengkunonnyer nak survey blender. Nak ganti yang dah pecah kat rumah tuh. Yand pecah tu merupakan hadiah kawin daripada kawan-kawan ITD dulu. Tapi belek-belek tak der yang berkenan. So simpan jek la dulu keinginan tuh.
Dah puas gedebak gedebuk kat OU, then balik. Bebudak masuk berlingo ajer, melayan mata. Dah penat ukur OU.
Diskus dengan ayah after ambik MyVi dari service centre, satu kereta akan ditinggalkan di depan rumah Ezalman kat Desa Moccis. We were heading to Ijok after that. Saja gatai memanaskan Ijok yang sedia tegang itu.... hehehehhehe
Posted at 08:07 am by cikliah
Permalink
Monday, April 23, 2007
Dia cari pasal lagi dengan aku... boleh keluar rumah terbawak salah kunci. Then tak boleh nak masuk balik. Terpaksa potong mangga dengan bantuan jiran. Hati geram tak terkira dengan gelagat dia. Tak makan saman langsung. Hari-hari ikut kepala dia ajer. Nasihat satu apa pun tak boleh pakai. Apatah lagik nak ikut arahan !
Risau aku, hari-hari makan tebuan goreng, cepat beruban aku nanti. 
"Ya Allah, tenangkanlah hatiku ini dalam menghadapi ujianMU. Amin"
tag <maid>
Posted at 08:50 am by cikliah
Permalink
Friday, April 20, 2007
Pagi tadi otw to office baru perasan ada SMS(kes hphone tertinggal dalam kereta semalaman) from unfamiliar number "No bas anda utk perjalanan ke kem esk pg adalah WMH9829 No.talifon pemandu-012 #### bergerak 7.30 pagi di Pasar Rakyat. Jangan balas mesej ini." Memula macam pelik. SMS apakah ini? Owhhhh... baru tingat, hari ini sepatutnya aku ikut serta dalam team building TIME 2b Great at Ulu Yam Resort.
Tapi tu lah... aku bukan tak mintak confirmation dari HR. Aku sepatutnya menggantikan tempat Haire sebab dia nak balik kg that weekend. Wife dia masih dalam confinement. Everything dah setel. Email azie utk bagi details pun dah balas. Alih2 dapat email from HR regarding that team building program, tapi in participation list tak der pulak nama aku. So I replied the email to Noraidah tanya if I'm really in the list or not ? Dia kata tak dak... So, aku pon lenggang kangkung tak buat apa2 persediaan laaaa...... Guano gok nok gi ?
But then, this is the last one yang 2D1N. After this will be 3D2N... Masak akuuuuu.. udah ler kena tidor dalam utan semalam... pehhhhhh... tak dapek nak den bayangkan..... sangat menakutkan.... huhuhuhuhu.....
Posted at 08:34 am by cikliah
Permalink
Monday, April 02, 2007
....of si kwang2 nie minum air dari tumbler tupperware nya yg besar gedabak tu..
Bunyi macammana ek... cam kita tuang air dari botol/tong/bekas air yang besar dan mempunyai penutup yang kecil sahaja. Ada ruang udara akan terbentuk sekiranya botol/bekas itu dicondongkan utk menyeluarkan air...Boleh bayangkan tak ?
Bunyi macam gulk gulp gluk glup...hmmmmmmm.... mentensikan
Saya ingat nak suggest kat team KnKnK utk teka bunyi era laaa..... 
Posted at 10:42 am by cikliah
Permalink
Thursday, February 22, 2007
Cannot take it anymore!!!
I was burst into tear today. I cannot handle this situation.
It’s really pressured me.
Azri will be leaving soon. But I cannot manage to get a contractor to support MCS. Therefore I have to learn a little bit about MCS myself.
There are a lot of things that I have to know in this short time.
Sometimes, I felt Encik Zul is not being fair to me. My VSS application was rejected. Then he put some more burdens on me by assigning my group to handle MCS. We are just two people in this group, Thong and I but we have to maintain and support 4 systems. IT IS REALLY UNFAIR Encik Zul !!!
Posted at 05:25 pm by cikliah
Permalink
Saturday, February 17, 2007
Balik kampunggg.... hohohoho... balik kampung..... hati girangggg.....
Rekod baru... balik kampung sempena CNY.... 12 jam !!! 
Melalui jalan persisir pantai... kuala selangor-tanjung karang-sungai besar-teluk intan-sitiawan-pantai remis-terong-changkat jering-highway plus-kamunting-bagan serai-simpang 3 kuala kurau-tanjung piandang.
Kunonnyer nak lari dari kesesakan yang dilaporkan sedang berleluasa di lebuhraya-lebuhraya. Rupa-rupanya hujan lebat se dari pagi menyebabkan banjir di Tanjung Karang yang memaksa jalan ditutup satu lorong. Bilangan kenderaan yang bertambah memburukkan keadaan. Akibatnya merangkak-rangkak macam kura-kura dalam perlumbaan dengan arnab selama hampir 3 jam !
Inilah yang dikatakan sebagai Lari dari mulut harimau... masuk ke dalam mulut buaya.... 
Posted at 10:46 am by cikliah
Permalink
Monday, January 08, 2007
~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8

This is not my myvi... sekadar hiasan
~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8~8
Myviku cedera lagi... kali ni telinga sebelah kirinya terpulas... terkulai layu. Huwaaaaaaaaaaaaa....
Geramnya hati aku pada mat rempit yang melanggar side mirror sebelah kiri myvi hitamku itu hanya Allah saja yang tahu. Sepatutnya aku mendoakan kesejahteraan padanya tapi sakit di hatiku ini hanya mampu menuturkan kata-kata geram dan doa kesakitan buat orang itu.
Kena masa jalan tengah sesak di Jalan Tun Razak menuju Lebuhraya Mahameru. Sewaktu orang ramai bersesak-sesak untuk menyaksikan Perasmian Tahun Melawat Malaysia 2007 di Taman Tasik Titiwangsa. Kami sekeluarga pulak dalam perjalanan balik ke rumah setelah sengkak perut menjamu selera di Thahara Seafood.
Keesokan harinya Ahad. Kedai alat ganti dan servis banyak yang tutup. Telinga myvi yang terkulai itu tidak dapat dibaiki.
Makanya, pada hari ni aku tumpang berlingo merah sampai ke Kompleks Dayabumi dan seterusnya naik bas pekerja ke Wisma TIME ini.
Hari pertamaku berkerja pada tahun 2007 setelah bercuti selama seminggu bagi menguruskan kemasukan anak-anak kesekolah sekaligus untuk menenangkan fikiran dan memulih semangat selepas permohonanku utk mendapatkan VSS ditolak. Pada tika dan saat ini, terus terang aku katakan aku masih ralat dengan keputusan itu. 
Posted at 09:29 am by cikliah
Permalink
Friday, September 08, 2006
Kenangan Terindah aku yang lemah tanpamu aku yang rentan karena
cinta yang telah hilang darimu yang mampu menyanjungku
selama mata terbuka sampai jantung tak berdetak selama itu pun aku mampu untuk mengenangmu darimu kutemukan hidupku bagiku kau lah cinta sejati
bila yang tertulis untukku adalah yang terbaik untukmu kan kujadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku
namun takkan mudah bagiku meninggalkan jejak hidupku yang telah terukir abadi sebagai kenangan yang terindah
Posted at 06:32 am by cikliah
Permalink
Thursday, August 10, 2006
Selamat hari ulang tahun ke lima
Pada hari ini, 5 tahun yang lalu lahirlah seorang puteri secara ELCS (Elective Labour C-Section) di Ampang Puteri Specialist Hospital. Lahirnya awal 5 hari dari EDD kerana Dr Fauziah Hassan hanya mengendalikan ELCS pada hari jumaat sahaja.
Oleh kerana pada tahun ini jatuh pada hari sekolah, maka sebiji kek dari Irma/Ismail telah diserahkan kepada cikgu di Taska Petronas untuk meraikan hari ulangtahun kelahiran Aleeya Zafeera bersama-sama kawan-kawannya. Goodie bags untuk kawan-kawan. Terima kasih kepada Auntie Kak Linder kerana susah-susah ajer merekabentuk cover note untuk goodie bags tersebut. Jasamu tetap kukenang.
Posted at 11:33 am by cikliah
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|