Seniwati....
Itulah nama bakal pembantu rumah kami yang pertama. Actuallynya yang ke-3.
Pertama, Bibik Salbiah. Umur yang diisytiharkan dalam borang adalah 40 tahun, tapi setelah diselidiki, rupanya dia sudah berusia lima puluhan. Bibik sendiri mengaku, kalau diletakkan usia sebenar, dia tidak mungkin dibolehkan bekerja sebagai PRA. Since masa tu tinggal bersama-sama dengan parents in laws, maka tidaklah terasa sangat menjadi majikan mutlak kepada PRA (Pembantu Rumah Am) ini. Dihantar pulang kembali ke tanahairnya kena perpindahan kami ke Pandan Indah dan keadaan kesihatannya yang tidak begitu baik.
Kedua, betul-betul bibik tak jadi namanya. Tidak sempat bersua muka pun. Jamiah namanya. Umur yang dinyatakan 40 tahun. Hanya sempat didaftarkan di Pejabat Imigresen sahaja. Ketika menghitung hari menunggu kedatangannya, kami dikhabarkan Jamiah tidak dapat dibawa masuk ke Malaysia kerana terlantar di rumah sakit. Menghidap denggi berdarah rupanya. Ketika ditawarkan untuk diberikan pengganti sementara, kami membuat keputusan utk tidak menerimanya atas alasan tidak benefial utk melatih kemudian melepaskannya. Walhal agennya juga berharap kami membuat keputusan tersebut kerana kalau kami bersetuju rugilah dia kerana terpaksa membuat kerja lebih dan terpaksa membayar levi pembantu sementara tersebut. Ketika kami akur untuk terus menanti Jamiah sembuh dari sakitnya, akhirnya Jamiah mengalah. Tidak mahu lagi datang ke Malaysia kerana kesihatannya yang merosot. Akhirnya permit Jamiah terpaksa dibatalkan sebelum sempat menabur bakti di bumi Malaysia ini.
Ketiga, Seniwati. Khabarnya masih muda orangnya. Baru menginjak ke dua puluhan. Harap-harap kami tidak ditipu kali ini. Doaku dia seorang yang boleh diharapkan dan bertanggungjawab. Semoga Allah memberiku rezeki untuk memperoleh seorang pembantu yang baik dan boleh dipercayai dan setia kepada kami sekeluarga. Dan aku juga berdoa kami mampu menjadi majikannya yang baik seadanya. Amin....
~~~****~~~~~~*****~~~~~~~~
Maktua masih sakit di HUKM. Sungguhpun setiap hari bekerja aku jua turut menziarah selepas masa pejabat, namun peluang untuk bertemunya seringkali tipis gara-gara Aleeya tidak membenarkan aku masuk ke wad. Since maktua ditempatkan either di HDU atau ICU, budak sekecil Aleeya tidak dibenarkan masuk, maka dia turut menegahku daripada masuk ke wad tersebut. Kasihan mak mertuaku. Sudah dua bulan lebih dia dimasukkan ke hospital.
YaAllah... sembuhkanlah sakit ibu mertuaku. Kurniakanlah kesihatan yang baik kepadanya agar dia dapat beribadah kepadaMU Ya Allah. Perkenankan permintaanku ini. KepadaMU kami memohon, kepadaMU kami berserah dan kepadaMU jualah kami dikembalikan. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
~~~~@@@~~~~~~~~
Kepada emakku yang sangat-sangat aku sayangi dah kukasihi, terima kasih yang tidak terhingga anakanda ucapkan kerana telah membantu anakanda sekeluarga di saat-saat kami memerlukan pertolongan dan perhatian bonda. Kepada ayahanda di kampung, berjuta kemaafan dipohonkan sepanjang "pengimportan" bonda ke sini, seandainya perkara tersebut telah menyusahkan ayahanda kerana keseorangan di kampung sana. Berjuta-juta terima kasih yang tidak terhingga anakanda ucapkan. Kasih sayang yang ayahanda bonda taburkan akan anakanda kenang sampai bila-bila dan tidak akan pudar dari ingatan InsyaAllah...
Semoga ayahandabonda diberi kesihatan yang baik dan mendapat rahmat serta keredhaan Allah SWT sentiasa. Dan sentiasa beroleh gembira dan bahagia dunia dan akhirat Amin.
Ya Allah... Ampunkan dosa kedua ibubapaku, kasihani dan peliharalah mereka sebagaimana mereka mengasihi dan memelihara ku semasa aku masih kecil.
Posted at 11:03 am by cikliah
Permalink