Entry: Balik kampunggg.... hohohoho... balik kampung..... hati girangggg..... Saturday, February 17, 2007



Rekod baru... balik kampung sempena CNY.... 12 jam !!! Surprise

Melalui jalan persisir pantai... kuala selangor-tanjung karang-sungai besar-teluk intan-sitiawan-pantai remis-terong-changkat jering-highway plus-kamunting-bagan serai-simpang 3 kuala kurau-tanjung piandang.

Kunonnyer nak lari dari kesesakan yang dilaporkan sedang berleluasa di lebuhraya-lebuhraya. Rupa-rupanya hujan lebat se dari pagi menyebabkan banjir di Tanjung Karang yang memaksa jalan ditutup satu lorong. Bilangan kenderaan yang bertambah memburukkan keadaan. Akibatnya merangkak-rangkak macam kura-kura dalam perlumbaan dengan arnab selama hampir 3 jam !

Inilah yang dikatakan sebagai Lari dari mulut harimau... masuk ke dalam mulut buaya.... Hurmph

 

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments