Entry: Balada orang tak sampai hajat Friday, August 17, 2007



Hajat hati nak balik kampung sempena cuti sekolah seminggu ni. Kebetulan pulak sepupu kawin. Ini lah masanya untuk berkumpul seluruh kaum kerabat. Raya pun kalah sebab hari raya orang selalu ada komitment lain ie beraya dengan keluarga ipar duai.

Hari ni rasa tak seronok langsung. In fact dari semalam down sesangat especially bila Yong bagitau dia confirm tak dapat balik kampung minggu nie. Sibuk sangat katanya. Hari-hari balik lambat. Weekends pun kena kerja jugak. Dahsyat betul kakak aku yang sorang nie. Perdana Menteri pun kalah.
Hari tu mintak tolong Yong temankan balik kampung sebab nak drive sendiri and balik tiga beranak aje. Sepanjang minggu itulah yang tertanam dalam minda. So bila tak jadi tu memang rasa down giler.

Semalam cari gak kut2 ada tiket keretapi sesat. Tapi malangnya tak ada pulak. Ingat nak gak try yang ada tempat tidur tuh. Yelah... esokkan cuti sekolah start. Mana la nak ada tiket dah. Sampai pukul 4 petang tadi mengharap ada orang cancel nak naik ketapi tapi hampa belaka.

Tadi called mak bagitau confirm tak dapat balik. Malas nak bawak bibik jadik teman. Minah ni pon ada cerita pulak... nanti ler next entry aku tu lis pasal dia dalam kemelut ini. Adehhhhh....

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments