|
Pada hari ini, 5 tahun yang lalu lahirlah seorang puteri secara ELCS (Elective Labour C-Section) di Ampang Puteri Specialist Hospital. Lahirnya awal 5 hari dari EDD kerana Dr Fauziah Hassan hanya mengendalikan ELCS pada hari jumaat sahaja. Oleh kerana pada tahun ini jatuh pada hari sekolah, maka sebiji kek dari Irma/Ismail telah diserahkan kepada cikgu di Taska Petronas untuk meraikan hari ulangtahun kelahiran Aleeya Zafeera bersama-sama kawan-kawannya. Goodie bags untuk kawan-kawan. Terima kasih kepada Auntie Kak Linder kerana susah-susah ajer merekabentuk cover note untuk goodie bags tersebut. Jasamu tetap kukenang. |
| Leave a Comment: |